Ms Office Word & Excel 2016
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 dan 25 Febuari 2018 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Asas Microsoft Office Word dan Kelas Asas Microsoft Office Excel di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 4 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word 2016 dan juga Microsoft Office Excel. Menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word 2016 juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word.
Manakala pada 25 Januari 2018 peserta menghadiri Kelas Ms Excel mempelajari cara membuat pengiraan ringkas. Kelas seperti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para peserta membuat pengiraan dengan mudah tanpa menggunakan kalkulator dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Word serta dapat membezakan penggunaan Microsoft Word dan Excel pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: